Klik x untuk menutup hasil pencarianCari di situs SABDASpace
Kepimpinan
The Hidden Leader In You II
Dalam rumusan saya yang terdahulu: The Hidden Leader in You-Part 1 , saya telah menyatakan bahawa attitude kita dipengaruhi oleh apa yang kita fikirkan tentang diri kita sendiri ( sama ada kita memiliki kemampuan atau tidak untuk memimpin) yang akhirnya membuatkan kita percaya pada diri sendiri atau tidak. Apa yang kita fikir tentang diri kita berasal muasal daripada siapa pencipta manusia. Pokok pangkalnya adalah asas itu sendiri: dari mana asal-usul kita.
Orang Kristian yang menggangkat Firman Tuhan sebagai buku yang benar yang diinspirasikan oleh Roh Kudus memahami bahawa manusia berasal dari Allah. Bukan hanya berasal dari Allah tetapi yang lebih penting lagi manusia diciptakan oleh Allah seperti diri-Nya sendiri dengan tujuan supaya manusia berkuasa ke atas bumi. Oleh kerana Allah mencipta kita seperti diri-Nya sendiri, Dia telah menuangkan sifat-sifat-Nya ke dalam diri kita.
- sahabat's blog
- Login to post comments
- Read more
- 3917 reads
The Hidden Leader in You
Kali ini saya ingin menulis blog yang berlainan sedikit daripada kebiasaan saya. Dalam blog ini saya ingin menuliskan apa yang telah saya pelajari daripada buku Dr. Myles Munroe yang bertajuk “The Spirit of Leadership”. Saya tidak akan menguliti dan mengkritik buku beliau, kerana saya bukan orang yang betul untuk berbuat demikian. Saya lebih suka membuat rumusan atau ringkasan tentang apa yang saya pelajari dari buku tersebut. Saya mungkin akan membuat rumusan bab demi bab, kerana tidak mungkin saya mampu menulis rumusan buku ini dari muka surat pertama hinggalah muka surat terakhir dalam satu blog sahaja.
Sebelum saya memulakan rumusan bab pertama buku Dr. Myles Munroe, mari kita mengenali siapa Dr. Myles Munroe secara ringkas terlebih dahulu.Berdasarkan buku beliau, Dr Myles Munroe merupakan penceramah motivasi antarabangsa, penulis buku terlaris, pensyarah, pendidik dan konsultan perniagaan. Beliau mengelilingi dunia secara aktif dalam program menangani isu-isu kritikal yang menyentuh pembangunan rohani dan sosial individu.Tema utama mesejnya adalah transformasi pengikut-pengikut menjadi pemimpin-pemimpin dan memaksimakan potensi individu. Beliau merupakan pengasas dan presiden Bahamas Faith Ministries International. Dia juga merupakan pengasas, penerbit eksekutif, dan principal host beberapa program radio dan television yang diudarakan ke seluruh dunia. Dia menperolehi degree - degreenya dari Oral Roberts University dan University of Tulsa. Manakala honorary doctoratenya diperolehi dari Oral Roberts University.
- sahabat's blog
- Login to post comments
- Read more
- 4787 reads